BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Berikutan pelancaran produk ayam beku pada minggu lalu di Utama Grand Gadong, Ghanim International Corporation Sdn Bhd terus melebarkan sayapnya dengan melancarkan tiga produk daging lembu yang baharu, iaitu daging cencang (cornbeef), daging lada hitam dan stu lembu.

Pelancarannya di Manggis Mall bersama pengedar tempatan, CKC Inofood Sdn Bhd hari ini, menyaksikan satu lagi peristiwa penting oleh Ghanim dalam membawa lebih banyak produk yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan untuk rakyat Brunei.

Ia juga merupakan salah satu cara mempertingkatkan lagi jenama bruneihalalfoods untuk memberi rasa tempatan dari rumah.

Produk-produk yang dilancarkan berkenaan adalah yang pertama selaras dengan pelbagai pilihan yang merangkumi pelbagai perisa mengetengahkan masakan-masakan Asia Tenggara yang terbaik.

Barisan produk baharu berkenaan kini boleh didapati di semua pasar raya utama di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim International Corporation Sdn Bhd, Dr Nur Rahman dipetik sebagai berkata, “Kami percaya produk siap sedia kami akan menggembirakan pelanggan kerana ia sangat unik dan tidak pernah dihasilkan sebelum ini.

“Ia adalah makanan yang sangat mudah yang mempunyai rasa unik dan sihat dan dihasilkan untuk memenuhi keperluan keluarga kecil atau perseorangan yang memerlukan sesuatu yang cepat dan siap untuk dimakan.

“Sejak ia dilancarkan, produk ini telah mendapat sambutan hangat daripada pasaran,” jelasnya.

Dihasilkan dan dikilangkan di Brunei, bruneihalalfoods juga bermatlamat untuk menjadi jenama isi rumah dengan lebih banyak produk buatan tempatan yang akan diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang.

Read the original Article here.